September 27, 2010

the best penyamun!!!

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Penyamunberi_ceramah_selepastetakmangsa/Article

Penyamun beri 'ceramah' selepas tetak mangsa

2010/09/27

ALOR SETAR: Seorang penyamun sempat 'berceramah' mengingatkan pelanggan supaya tidak membuang masa serta membazirkan wang di pusat permainan video, selepas dia bersama dua lagi rakannya menyamun wang tunai serta barangan milik pelanggan dan pekerja pusat video terbabit. Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari semalam di pusat permainan video di Kompleks Sultan Abdul Hamid, Jalan Pegawai, di sini, seorang lelaki parah di muka akibat ditetak dengan parang oleh seorang daripada tiga penjenayah terbabit yang bersenjatakan parang dan alat renjatan elektrik. Seorang pelanggan yang hanya mahu dikenali sebagai Hafiz, 25, berkata penyamun terbabit merampas wang tunai dan telefon bimbit pelanggan, serta barangan berharga lain di kaunter pusat permainan video berkenaan. Katanya, sebelum meninggalkan premis berkenaan, seorang daripada suspek menyampaikan ‘ceramah’ kira-kira 15 minit untuk mengingatkan pelanggan tidak membuang masa serta membazirkan wang di pusat permainan video itu. “Selepas berceramah, lelaki terbabit keluar dan menaiki sebuah kereta Proton Wira biru yang dipandu seorang lagi rakannya menunggu di luar. “Saya bersama dua lagi pelanggan kemudian cuba menahan seorang daripada suspek terbabit, tetapi rakannya yang bersenjatakan parang menetak muka seorang daripada kami sebelum mereka melarikan diri,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Hafiz berkata, pada mulanya kumpulan lelaki terbabit memasuki premis permainan video itu dengan berpura-pura sebagai pelanggan, bagaimanapun, selepas itu mereka mengeluarkan senjata dan memaksa petugas kaunter serta pelanggan menyerahkan wang tunai dan barangan berharga milik mereka. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abd Ghafar Rajab ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan polis sedang menjalankan siasatan kes berkenaan. Lelaki yang cedera itu dihantar Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, untuk rawatan.

moral of the news: jd la penyamun yg mcm ini....coz dlm masa sama boleh insafkan owg len gakk.....sejahat jahat penyamun nie ada ada gak secebis hati yg mulia....:)