sedikit info yg aku baca......
Kismis salah satu makanan kering paling berkhasiat. Ia tidak mengandungi kolesterol, rendah sodium dan bebas lemak. Ia membekalkan pelbagai vitamin dan mineral termasuk zat besi, potasium, kalsium dan beberapa jenis vitamin B.
Kismis kaya dengan serat dan antioksidan serta memiliki 70 peratus fruktosa (bentuk gula semula jadi) yang mudah dihadam untuk mendapatkan tenaga serta-merta.
Berikut beberapa manfaat kesihatan daripada kismis:
Ini kerana ia mengandungi fruktosa dan glukos serta memberikan banyak tenaga. Ia dianggap diet bersesuaian sama ada untuk atlit atau ahli bina badan yang perlukan tenaga tanpa menambah kolesterol.
Ia turut mengandungi vitamin B kompleks yang diperlukan untuk pembentukan darah.
Ia juga satu amalan biasa di India yang menyediakan segelas susu untuk pengantin lelaki dan perempuan. Susu berkenaan dipanaskan dengan kismis dan ditambah secubit safron.
Boron juga sangat berguna untuk mencegah osteoporosis lazimnya di kalangan wanita menopaus serta sangat bermanfaat untuk tulang dan sendi.
No comments:
Post a Comment