June 30, 2010

Ramadhan is back...:)



pejam celek pejam celek sebulan ja lagi semua umat islam nk meyambut bulan Ramadhan...semoga dengan izinNya kita semua dapat bertemu lg dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan kebaikan ini.....

Hadis sahih riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda, Apabila masuk bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada merasuk mangsanya)”. Ini membuktikan kasih sayang Allah kepada makhluknya, memberi peluang keemasan untuk hamba-hambaNya bertaubat dan mencari kebaikan...

oleh itu rebutlah puasa,tarawikh,qiamullail,lailatul qadr,silaturahin dan sedekah....

Ringkasnya, hadirnya Ramadhan mengundang seribu satu kesempatan bagi orang beriman untuk beramal ibadat di samping bertafakur dan bermuhasabah diri.Amalan muhasabah diri akan mencetuskan kesedaran dan keinsafan yang cukup bermakna untuk memperbetulkan kesilapan lalu dan sekali gus meningkatkan mutu sesuatu amalan ibadat kepada Allah.Alangkah ruginya jika seseorang Muslim yang tidak mengisi amalan ibadat sepanjang Ramadhan dan tidak pula mengecapi fadilat Ramadan yang disediakan Allah bagi orang yang mengharapkan keredaan-Nya.Ramadhan juga dianggap sebagai bulan latihan dan ujian daripada Allah. Inilah antara hikmah tersurat dan tersirat di sebalik pensyariatan ibadat puasa kepada umat Islam dan sekali gus mengangkat Ramadan sebagai bulan agung lagi penuh berkat.Seterusnya, ibadat puasa juga melatih kita dalam persoalan ketaatan, kesabaran dan kesungguhan beramal ibadat kepada Allah...

dibawah ini ada beberapa tips untuk berpuasa di bulan Ramdhan......


TIPS UNTUK BERPUASA DIBULAN RAMADHAN

1)untuk mengurangkan rasa haus,kurangkanlah pengambilan garam dan makanan pedas ketika sahur

2)untuk mengurangkan rasa lapar,elakkan makanan berlemak ketika sahur

3)perbanyakkan memakan makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi dan juga sayur-sayuran untuk menahan diri dari berasa lapar sepanjang hari

4)amalkan memakan kurma kerana ia mengandungi nutrien yang penting. jika tidak ambillah sumber makanan tambahan seperti vitamin

5)banyakkan minum air sewktu sahur dan berbuka untuk mengembalikan kehilangan air semasa berpuasa. kekurangan air yang banyak akan menjejaskan kesihatan.

No comments:

Post a Comment